PENCIPTAAN ADAM
Penciptaan Adam diriwayatkan
sebagai satu daripada ciptaan Allah yang paling kontroversi atau paling
disebut-sebut oleh makhluk Allah yang lain. Peristiwa tersebut disebut
dalam al-Qur'an apabila
para malaikat mempersoalkan kejadian (manusia) sebagai khalifah atau pengganti
di bumi.
"Ketika Allah berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan
seorang khalifah di bumi.
Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah
Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat
bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu
dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang
kamu tidak mengetahuinya." (2: 30)
Ciptaan dari
tanah
Allah telah memerintahkan Malaikat Jibril turun ke bumi untuk mengambil
sebahagian tanah sebagai bahan untuk menjadikan Adam. Walau bagaimanapun, bumi
enggan membenarkan tanahnya diambil malah bersumpah dengan nama Allah yang dia
tidak rela untuk menyerahkannya kerana kebimbangannya seperti yang dibimbangkan
oleh para malaikat.
Jibril kembali setelah mendengar sumpah tersebut lalu Allah
mengutuskan pula Malaikat Mikail dan kemudiannya Malaikat Israfil tetapi kedua-duanya juga tidak berdaya
hendak berbuat apa-apa akibat sumpah yang dibuat oleh bumi. Maka, Allah
memerintahkan Malaikat Izrail untuk melakukan tugas tersebut dan
menggesa agar tidak berundur walaupun bumi bersumpah kerana tugas tersebut
dijalankan atas perintah dan nama Tuhan.
Maka, Izrail turun ke bumi dan mengatakan yang kedatangannya
adalah atas perintah Allah dan memberi amaran kepada bumi untuk tidak membantah
yang memungkinkan bumi menderhaka kepada Allah. Menurut Ibnu Abbas, tanah bumi
dan syurga digunakan untuk dijadikan bahan mencipta Adam. Tanah tersebut
adalah:
§ Tanah Baitulmuqaddis - kepala sebagai
tempat kemuliaan untuk diletakkan otak dan akal.
§ Tanah Bukit Tursina (Mesir)
- telinga sebagai
tempat mendengar dan menerima nasihat.
§ Tanah telaga Al-Kautsar - mata sebagai tempat menarik perhatian.
§ Tanah Al-Kautsar - gigi sebagai tempat memanis-manis.
[sunting]Penyempurnaan
Tubuh Adam mempunyai sembilan rongga atau liang. Tujuh liang di
kepala dan dua di bawah badan iaitu dua mata, dua telinga, dua hidung, satu mulut,
satu dubur dan satu uretra.
Lima pancaindera dilengkapkan
dengan anggota tertentu seperti mata untuk penglihatan, telinga untuk
pendengaran, hidung untuk pengesanan bauan, lidahuntuk
perasa seperti masam, masin, manis dan pahit dan kulit untuk sentuhan bagi panas, sejuk, tekanan, kelikatan dan sakit.
Ketika Allah menjadikan tubuh Adam, tanah dicampurkan dengan air
tawar, masin dan hanyir beserta api dan angin. Kemudian Allah resapkan Nur ke
dalam tubuh Adam dengan pelbagai "sifat". Lalu tubuh Adam digenggam
dengan genggaman Jabarut dan diletakkan di dalam Alam Malakut. Tanah itu
dicampurkan lagi dengan istilah wangian dan ramuan dari Nur-Sifat Allah dan
dirasmi dengan "Bahrul Uluhiyah". Kemudian, tubuh tersebut
dibenam dalam "Kudral 'Izzah" iaitu sifat "Jalan dan
Jammal" lalu disempurnakan tubuh tersebut.
Waktu kejadian manusia tidak disebut berapa lama walaupun melalui
apa cara perhitungan sekalipun seperti dalam al-Quran: "Bukankah
telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang dia
(masih belum wujud lagi dan) tidak menjadi sesuatu benda yang
disebut-sebut..." (76:1)
Menurut keterangan ulama, tubuh Adam diselubungi dalam tempoh 120
tahun, 40 tahun di tanah yang kering, 40 tahun di tanah yang basah dan 40 tahun
di tanah yang hitam dan berbau. Dari situ, Allah ubah tubuh Adam dengan rupa
kemuliaan dan tertutuplah dari rupa hakikatnya. Kerana proses kejadian itu yang
melalui peringkat yang "kotor", tidak hairan Malaikat dan Iblis
memandang rendah akan kejadian manusia yang dicipta dari tanah.
[sunting]Kemasukan
roh
Roh diperintah Allah untuk memasuki jasad Adam tetapi seperti
makhluk lain, roh juga enggan, malas dan segan kerana jasad yang seperti batu.
Dikatakan ruh berlegar-legar mengelilingi jasad Adam sambil disaksikan
malaikat. Kemudian, Allah memerintahkan Malaikat Izrail memaksa ruh memassuki tubuh tersebut
masuk ke dalam tubuh Adam. Ia memasukkannya ke dalam tubuh dan roh secara
perlahan-lahan masuk hingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Setelah
meresapi ke kepala Adam, maka berfungsilah otak dan tersusunlah urat saraf dengan sempurna. Lalu, terjadilah mata
dan terus terbuka melihat tubuhnya yang masih keras dan malaikat di
sekelilingnya. Telinga mulai berfungsi dan didengarnya kalimah tasbih para
malaikat. Apabila roh tiba ke hidung, lalu ia bersin dan mulutnya juga terbuka.
Allah mengajarkan kalimah "Alhamdulillah" yang merupakan
kalimah pertama diucapkan Adam dan Allah sendiri yang membalasnya.
Kemudian, roh tiba ke dadanya lalu Adam berkeinginan untuk bangun
padahal tubuhnya yang bawah masih keras membatu. Ketika itu ditunjukkan sifat
manusia yang terburu-buru. Ketika roh sampai di perut, maka organ dalam dan
perut tersusun sempurna dan saat itu Adam mula merasakan lapar. Akhirnya, roh
meresap ke seluruh tubuh Adam, tangan dan kaki dan berfungsilah dengan sempurna
segala darah daging, tulang, urat saraf dan kulit. Menurut riwayat, kulit Adam
amat baik ketika itu berbanding kulit manusia di kini dan warnanya masih dapat
dilihat di kuku sebagai peringatan kepada keturunan manusia.
Dengan itu, sempurnalah sudah kejadian manusia pertama
dan Adam digelar sebagai "Abul Basyar" iaitu Bapa Manusia.
Walau bagaimanapun, hanya Nabi Muhammad s.a.w. mendapat gelaran "Abul Ruh"
atau "Abul Arwah" iaitu Bapa segala Roh.
[sunting]Kajian sains
Kajian sains telah menunjukkan bahawa unsur kimia pada
tubuh manusia terdiri daripada unsur yang terdapat pada tanah. Nisbah unsur yang terdapat di dalam badan
juga memberikan kesesuaian dalam sifat dan fungsi anggota setiap bahagian
manusian. Antaranya unsur yang didapati adalah:
§ Karbon
§ Oksigen
§ Hidrogen
§ Fosforus
§ Sulfur
§ Azote
§ Kalsium
§ Kalium
§ Natrium
§ Klorat
|
§ Ferum
§ Kuprum
§ Iodin
§ Klorin
§ Kobalt
§ Zink
§ Silikon
|
§ Molebdenum
§ Boron
§ Vanadium
§ Selenium
§ Kromium
|
No comments:
Post a Comment